Contoh rangkapnya
adalah:-
nilattinum perite vaninum
uyarntanru
nirinum arala vinre carar
karunkor kurincip
pukkontu
perunte nilaikkum
natanotu natpe
(Tevakulattar:
Kuruntokai, 3)
Terjemahan
(Besar dari bumi, tinggi
dari langit
Dalam dari laut, dilereng
gunung
(kurunci tangkai gelap
mekar - seperti madu
Besar lagi cintaku bagi
Tuanku (lord of the land))
Antara persamaan yang boleh dilihat
adalah ia menggunakan puisi sebagai gambaran cinta, mempunyai jumlah silables
sekata setiap baris, dan pecahan gambaran pada dua baris yang sama. Menurut Dr.
Brandsetter pula, perkataan 'pantun' berasal daripada akar kata tun yang boleh
dikesan dalam Bahasa Jawa iaitu tuntun, dalam Bahasa Tagalog disebut tonton
yang diucapkan dalam aturan yang tertentu. Dalam Bahasa Sunda, pantun bermaksud
satu cerita (karangan) panjang berirama yang dinyanyikan dengan iringan muzik.
Manakala dalam masyarakat Melayu pula, pantun bererti kuantrain, iaitu puisi
yang tersusun dalam struktur empat baris serangkap.
Pantun dapat dikelaskan berdasarkan kepada
bentuk/struktur, tema/isi, fungsi dan penyebarannya. Daripada pengkelasan
inilah maka timbullah apa yang disebut pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat,
lapan kerat, dan sebagainya.